;

Thursday, March 25, 2010

Cendikiawan Islam Yang Mungkin Dilupakan..


Matematik -- Sumbangan ilmuan Islam

MENURUT sejarah, zaman kegemilangan umat Islam dalam bidang ilmu ialah antara kurun ke-7 hingga 13. Salah satu bidang ilmu yang sangat tersohor ketika itu ialah matematik.
Tokoh-tokoh ilmuan Islam telah menyumbang dan mencipta pelbagai perkara baru dalam bidang Matematik seperti sistem perpuluhan dan operasi-operasi asas matematik yang mempunyai kaitan dengan soal-soal tambah, pengurangan, darab, bahagi dan eksponen.
Tokoh-tokoh matematik Islam juga memperkenalkan konsep `kosong’ dalam dunia matematik. Selain itu, mereka juga telah membangunkan konsep-konsep dan fungsi trigonometri; sin, kos dan tangen pada kurun ke-10.
Di bawah adalah tokoh-tokoh matematik Islam yang tersohor.

Al-Khawarizmi (780 - 850)

AL-KHAWARIZMI

Nama penuhnya ialah Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi dan dikenali sebagai bapa algebra.
Beliau pakar dalam bidang matematik dan astronomi.
Antara buku-buku terkenal hasil tulisan beliau ialah Hisab Al-Jabr wal Mugabalah (Buku Pengiraan, Perbaikan dan Pengurangan) dan Algebra.
Pada kurun ke-12, Gerard of Cremona dan Roberts of Chester telah menterjemahkan buku algebra Al-Khawarizmi ke dalam bahasa Latin.
Terjemahan ini digunakan di seluruh dunia sehinggalah kurun ke-16.

Monday, March 22, 2010

SEBAB DOA TIDAK DIMAKBULKAN...


10 Sebab Doa Terhijab

“Wahai Ibrahim Adham, kami telah
berdoa kepada Allah, tetapi tidak
diperkenankanNya lagi. Beritahulah
kami apakah sebabnya?” Ibrahim Adham
menjawab, terhijabnya doa disebabkan
10 perkara..”

1) Kamu mengenali Allah tetapi
tidak menunaikan hakNya (perintahNya).

2) Kamu membaca al-Quran tetapi
tidak beramal dengannya.

3) Kamu mendakwa iblis itu musuh
kamu tetapi kamu menurut hasutannya.

4) Kamu mendakwa mencintai
Rasulullah tetapi kamu meninggalkan
amalan dan sunnahnya.

5) Kamu mendakwa mencintai syurga
tetapi kamu tidak beramal untuk
mendapatkannya.

6) Kamu mendakwa membenci neraka
tetapi kamu tidak meninggalkan
perbuatan dosa.

7) Kamu mendakwa mati itu benar
tetapi kamu tidak bersedia untuk
menghadapinya.

8) Kamu sibuk menceritakan
keaiban orang lain tetapi kamu lupa
keaiban diri sendiri.

9) Kamu makan rezeki Allah tapi
kamu tidak mensyukurinya.

10) Kamu mengebumikan jenazah
saudaramu tetapi kamu lupa mengambil
ikhtibar daripadanya.

nauzubillah... mohonlah doa dengan sebaiknya... moga dia menjawab segala

Tuesday, March 9, 2010

Iktibar Maulidur Rasul SAW



Iktibar dari Sifat Survival Nabi Muhammad SAW

1) Berdikari sebagai anak yatim piatu

Nabi Muhammad SAW telah dilahirkan sebagai anak yatim dan dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib. Semasa berumur enam tahun, ibunya iaitu Aminah pula telah meninggal dunia. Maka Rasulullah SAW dijaga sepenuhnya oleh datuknya. Semasa berumur lapan tahun, datuknya pula telah meninggal dunia, maka tanggungjawab menjaga Rasulullah SAW diambil alih pula oleh bapa saudaranya iaitu Abu Talib. Keadaan dan persekitaran inilah yang telah membentuk peribadi Rasulullah SAW menjadi seorang yang berdikari.


Antara pengiktibaran yang boleh dipelajari oleh kita ialah seperti berikut:
 Latar belakang keluarga tidak boleh dijadikan sebagai alasan atau halangan untuk mencapai kejayaan.
 Keperitan hidup yang dialami oleh keluarga perlu dijadikan sebagai pengalaman untuk hidup berdikari
 Wali atau ahli keluarga terdekat perlu berperanan mengambil tanggungjawab menjaga ahli keluarga yang menghadapi kesusahan.


2) Menggilap sepenuhnya potensi diri


Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang ummi (tidak tahu membaca dan menulis). Hikmahnya ialah untuk menolak tohmahan musuh yang mengatakan ajaran Islam adalah idea rekaan Nabi Muhammad SAW hasil pembacaan dan kajian. Pada masa yang sama menghindarkan tuduhan bahawa Baginda SAW sendiri yang menulis dan mengarang Al-Qur’an.


Antara pengiktibaran yang boleh dipelajari oleh kita ialah seperti berikut:


 Sifat ummi tidak dilihat sebagai kelemahan yang boleh membantutkan proses penerokaan ilmu sebaliknya dijadikan sebagai sandaran meningkatkan kredibiliti diri.
 Menjaga dan menggilap sepenuhnya potensi diri yang dimiliki sama ada aspek akli, jasmani, emosi dan spritual.
 Mengasah ketajaman akli(daya intelektual) menerusi pelbagai kaedah seperti belajar dari pengalaman, menghayati alam, berfikir, berdialog dan sebagainya.


3) Istiqamah dengan kebenaran


Nabi Muhammad SAW telah diutuskan kepada masyarakat jahiliah yang hidup tanpa panduan dan pancaran agama serta tersasar dari fitrah kejadian manusia. Mereka membunuh anak perempuan kerana mahu menjaga maruah dan suka berperang sesama sendiri dengan alasan mempertahankan kehormatan. Namun, Nabi Muhammad SAW telah dipelihara oleh Allah SWT dari terjebak dalam maksiat tersebut.


Antara pengiktibaran yang boleh dipelajari oleh kita ialah seperti berikut:


 Kita perlu berpegang pada prinsip dan jati diri walaupun berada dalam apa sahaja keadaan dan situasi. Prinsip dan jati diri yang dipegang akan meningkatkan maruah dan kredibiliti.
 Keupayaan membebaskan diri dari terjebak dalam pengaruh gejala negatif yang dibawa oleh masyarakat membuktikan sifat istiqamah yang dimiliki.
 Berusahalah mengasingkan diri dari kesibukan urusan dunia merupakan salah satu cara untuk menilai dan mencari ketenangan jiwa bagi menambahkan keimanan.


4) Tabah menghadapi penentangan


Seruan dakwah Islam yang disampaikan oleh Rasulullah SAW tidak dihamparkan dengan permaidani merah, tetapi dipenuhi dengan onak dan duri. Baginda SAW telah menggunakan pendekatan berdakwah secara sulit pada peringkat awal sebagai salah satu strategi dakwah yang berkesan.


Antara pengiktibaran yang boleh dipelajari oleh kita ialah seperti berikut:
 Penentangan atau kepayahan yang dihadapi dalam perjuangan perlu dijadikan sebagai pembakar semangat untuk berusaha dengan lebih gigih.
 Strategi yang tepat dan sesuai akan memudahkan proses mencapai objektif atau sasaran yang ditetapkan.
 Usaha yang berorientasikan matlamat akan mendorong kita untuk mencuba pelbagai kaedah alternatif jika perancangan asal berhadapan dengan halangan atau kesukaran.


5) Bersabar dengan penyeksaan


Usaha dakwah yang dijalankan oleh Rasulullah SAW bukan sekadar menghadapi penentangan, malahan terpaksa berdepan dengan tindakan kekerasan dan penyeksaan daripada pihak musuh. Mereka juga membuat pemulauan ekonomi, memutuskan hubungan, menyekat sumber rezeki dan tidak menerima sebarang perdamaian selagi Nabi Muhammad SAW masih meneruskan usaha dakwah.


Antara pengiktibaran yang boleh dipelajari oleh kita ialah seperti berikut:
 Para pendakwah mesti membuat persediaan untuk menghadapi pelbagai bentuk sekatan dan ancaman daripada pihak musuh.
 Usaha dakwah yang dilaksanakan bukan sahaja menuntut pengorbanan masa, tenaga dan harta benda, malahan pergorbanan jiwa.
 Ujian penyeksaan ini merupakan salah satu proses penyaringan antara orang yang benar-benar beriman dengan orang yang berdusta.

Tuesday, March 2, 2010

Menolak Tipu Daya Syaitan


Soal Nabi kepada Iblis : Dengan apa jalan yang boleh menolakkan tipudaya engkau? Maka Sembah Iblis: Iaitu jika seseorang berbuat dosa maka segera ia kembali bertaubat kepada Allah Taala dan menangis serta sesal akan perbuatannya dan apabila ia marah segeralah ia mengambil air sembahyang nescaya padamlah marahnya. 
Barang siapa membaca doa ini tiap-tiap lepas sembahyang jumaat lima kali akan diampunkan oleh Tuhan dosanya kerana ianya telah bertaubat,
  Inilah doanya
Ilahi lastu lilfirdausi ahlan wala aqwa aala naaril jahiimi fahabli taubatan waghfir zunuubi fainnaka ghaafirizzanbil aadziimi