;

Thursday, March 25, 2010

Cendikiawan Islam Yang Mungkin Dilupakan..


Matematik -- Sumbangan ilmuan Islam

MENURUT sejarah, zaman kegemilangan umat Islam dalam bidang ilmu ialah antara kurun ke-7 hingga 13. Salah satu bidang ilmu yang sangat tersohor ketika itu ialah matematik.
Tokoh-tokoh ilmuan Islam telah menyumbang dan mencipta pelbagai perkara baru dalam bidang Matematik seperti sistem perpuluhan dan operasi-operasi asas matematik yang mempunyai kaitan dengan soal-soal tambah, pengurangan, darab, bahagi dan eksponen.
Tokoh-tokoh matematik Islam juga memperkenalkan konsep `kosong’ dalam dunia matematik. Selain itu, mereka juga telah membangunkan konsep-konsep dan fungsi trigonometri; sin, kos dan tangen pada kurun ke-10.
Di bawah adalah tokoh-tokoh matematik Islam yang tersohor.

Al-Khawarizmi (780 - 850)

AL-KHAWARIZMI

Nama penuhnya ialah Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi dan dikenali sebagai bapa algebra.
Beliau pakar dalam bidang matematik dan astronomi.
Antara buku-buku terkenal hasil tulisan beliau ialah Hisab Al-Jabr wal Mugabalah (Buku Pengiraan, Perbaikan dan Pengurangan) dan Algebra.
Pada kurun ke-12, Gerard of Cremona dan Roberts of Chester telah menterjemahkan buku algebra Al-Khawarizmi ke dalam bahasa Latin.
Terjemahan ini digunakan di seluruh dunia sehinggalah kurun ke-16.

0 Ulasan: