;

Wednesday, September 16, 2009

Adab & Hukum Menyambut Aidil Fitri



Aidilfitri : Adab-adab dan Hukum
Hari Raya membawa satu sinonim kepada perayaan bagi orang-orang Islam . Di Malaysia ia dikenali sebagai Aidil Fitri dan Aidil Adha. Kemungkinan juga timbul istilah-istilah ini akibat dari 'turn over' atau assimilasi kalimah-kalimah arab kedalam Bahasa Malaysia. Walau apa pun ia dipanggil, ia tetap terasa kemeriahannya lebih-lebih lagi setelah memasuki juzu' ketiga atau 10 malam terakhir Ramadan.

Kemeriahan Hari Raya ini seolah-olah mengatasi kegembiraan orang-orang alim menyambut 10 malam terakhir Ramadan. Lampu-lampu minyak dan lampu-lampu warna-warni menerangi malam-malam Ramadan ini. Amat berbeza sekali dengan iman-iman umat Islam dahulu kala yang sangat sedih melihat berlalunya bulan Ramadan yang Mubarak ini.

Eid Al-Fitri dan Eid Al-Adha merupakan satu-satu perayaan yang di sambut oleh umat Islam diseluruh dunia. Ulama tidak berselisih pendapat mengenai kesahihan perayaan ini .. Artikel kali ini meringkaskan fatwa yang dibawa oleh ulama dan penulis terkenal Arab Saudi, Sheikh Saleh Munajjid bagi membicara mengenai hukum dan adab-adab didalam merayakan kedua-dua Eid ini
Eid Adab dan amalan - ringkasan dari fatwa Sheikh Mohammad Saleh Munajjid." }.
Kesimpulan
Didalam menyambut Eid Al-Fitr yang mulia ini, marilah kita berbalik kepada sumber-sumber Islam yang sebenarnya. Apa yang kita mahu ialah mempertingkat Iman dan taqwa sebagai muslim sejati (True Muslim), yang bukan hanya pandai berkata "Aku Mazhab Syafie", tetapi satu Kitab Imam Syafie pun tak pernah dibaca! Jadikan bulan baik dan hari baik ini sebagai titik permulaan didalam penghidupan kita, agar amalan yang dilakukan sejajar dengan kehendak Al-Quran dan Sunnah. Akhir kata : Eid Mubarak, Taqabbal Allahu minnaa wa minkum" - Semoga Allah menerima amalan baik dari kami dan dari kamu {
تقبل الله منا ومنكم }, Selamat menyambut Hari Raya 1430H.
http://www.ukhwah.com/


0 Ulasan: