;

Sunday, November 15, 2009

Maksud Niat Dlm Islam




Daripada Amirul Mukminin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”
ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih.
Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam.
Apa maksud niat?
Dari segi Bahasa : Kehendak hati atau tujuan hati.
Dari segi Istilah : Gerak hati melaksanakan sesuatu perkejaan dengan tujuan mencari keredhaan ALLAH s.w.t
Apa pula yang dimaksudkan dengan hijrah?
Bahasa : Berpindah meninggalkan sesuatu tempat untuk pergi ke tempat lain.
Konteks Sejarah Islam : Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda dari Makkah al-Mukarramah ke Madinah al-Munawarrah untuk mengembangkan Islam.
Konteks kini : Perpindahan yg lebih meluas merangkumi perubahan kepada hidup yg lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih dekat kepada ALLAH s.w.t.
Ya, perubahan dalam konteks ini lah saya suka tekankan. Perubahan yg merangkumi kehidupan kita, kehidupan kita sebagai muslim. Semua manusia inginkan kehidupan yg lebih baik. Rumah yg besar, gaji yg besar, kereta yg besar, t.v. yg besar, juga isteri yg ‘besar’. Semua ini memang keinginan manusia apabila ingin berubah. Namun, kita lupa pada satu perubahan, perubahan yg berkait hidup dan mati kita, perubahan yg menentukan kita di pihak mana, al-Haq atau al-Batil… Kita lupa! Perubahan yg baik adalah perubahan kita kepada perkara yg lebih baik, iaitu melaksanakan ISLAM itu seluruhnya, bukan separuh-separuh…
“Wahai orang-orang beriman masuklah kamu ke dalam ISLAM secara seluruhnya…”
( al-Baqarah:208 )
ALLAH memberi penjelasan kepada kita bahawa tiada keizinan kita masuk ISLAM ini separuh-separuh atau sebahagian sahaja. Selalu sahaja kita dengar:

Pokok perbincangan hadith
1) Sebab keluar Hadis ini - kisah Hijrah Ummu Qais
Para ulama’ menceritakan bahawa terdapat seorang sahabat yg berhijrah dari Makkah al-Mukarramah ke Madinah al-Munawarrah bukan kerana menyahut seruan ALLAH s.w.t dan rasulNya, tetapi kerana ingin berkahwin dengan seorang wanita bernama Ummu Qais. Wanita tersebut telah mensyaratkan kepada sahabat berkenaan supaya berhijrah ke Madinah jika ingin mengahwininya. Ekoran peristiwa tersebut, sahabat itu di kenali sebagai muhajir ummu qais yg bermaksud ‘orang yg berhijrah kerana ummu qais’.
2) Kenapa niat penting :
a. untuk bezakan ibadat dengan adat.
b. untuk tentukan qasad amal - adakah untuk Allah atau lainnya.
Secara ringkasnya, niat akan membezakan antara ibadat dengan adat. Antara ALLAH atau dunia semata-mata. Semua itu di landaskan kembali pada asal niat kita pada amalan yg kita lakukan. ALLAH dan berjanji dalam hadith ini bahawa apabila kita berhijrah kerana ALLAH, maka kita akan dapat ganjaran di sisi ALLAH s.w.t. Apabila kita berhijrah kerana dunia atau wanita, seperti hadith di atas, maka kita juga akan perolehnya tanpa ganjaran di akhirat nanti.

Antara pengajaran hadis:-
(1) Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara’, tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, seumpama kerana riya’, menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah.
(2) Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.
(3) Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya.
(4) Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.


Bahan Rujukan:-
         
Al-Quran. Hadith 40; Imam Nawawi.   blog beberapa orang sahabat  

Nukilan :Lakaran Minda Eyamujahidah

0 Ulasan: