;

Thursday, September 3, 2009

IBLIS,SYAITAN MUSUH YANG NYATA..

Syaitan membazirkan kuasanya, iaitu digunakan kuasanya pada tempat yang salah, untuk menyesatkan manusia. Kerana itulah siapa yang membazir (termasuk harta) adalah saudara syaitan.
                   Hakikat bahawa syaitan adalah musuh manusia memang telah diketahui umum. Semua orang mengetahui bahawa syaitan adalah musuh utama mereka. Tetapi tidak ramai mengetauhi bahawa musuh paling ketat adalah di dalam diri mereka sendiri. Musuh itu ialah NAFSU. Nafsu jahat yang berada di dalam diri manusia menyamai dengan 70 syaitan.

Nafsu ada dua jenis, iaitu nafsu yang baik dan jahat. Nafsu yang baik seteru syaitan manakala nafsu jahat kawan syaitan. Oleh itu hati kita perlu dibersihkan supaya tidak dipengaruhi oleh nafsu yang jahat.

Hati sebenarnya adalah 'rumah Allah' dalam ertikata tempat kita mengingati Allah. Kenapa hati kita jarang mengingati Allah sama ada secara zikir lisan atau hati. Ini tidak lain berpunca daripada pengaruh jahat Syaitan dibantu oleh musuh dalam selimut - nafsu kita.

Lantaran perjanjian MOU antara syaitan dan nafsu untuk menjerumuskan manusia ke dalam neraka, maka kita sering diabaikan dengan perkara-perkara lain selain mengingati Allah. Syaitan telah bersumpah dari azali lagi untuk merosakkan seluruh manusia.
                    Allah tidak berlaku zalim pada hambanya. Pernah seorang wanita bertanya kepada Nabi, mengapa Allah sanggup memasukkan manusia ke dalam neraka, sedangkan Allah menyayangi manusia lebih dari seorang ibu menyayangi anaknya. Lalu Allah memberikan jawapan, yang dimasukkan ke neraka adalah mereka yang degil atas kejahatan, maksiat dan tidak bertaubat.
                    Surah Qaf [24] (Setelah tiap-tiap orang dibicarakan, Allah berfirman kepada kedua malaikat yang menjadi pembawa dan saksi itu): Humbankanlah oleh kamu berdua, ke dalam Neraka Jahanam tiap-tiap orang yang tetap degil dalam kekufurannya.
                   Surah Qaf [25] Yang sering menghalangi jenis kebajikan, yang melanggar hukum agama, lagi yang meragukan kebenaran,
                   Surah Qaf [26] Yang menyembah benda yang lain bersama-sama Allah; maka humbankanlah oleh kamu berdua akan dia ke dalam azab seksa yang seberat-beratnya.

0 Ulasan: