;

Tuesday, September 8, 2009



SENAFAS RINDU DARI WARDEN INI
(telah dideklamasikan  pd mlm perpisahan Feb 2009)
Hari ini tamatlah episode
Entah yang keberapa ratus sirinya…
Mungkin lebih lama pada episode bawang putih bawang merah
Mungkin juga lebih panjang dari episode Solehah…
Hari ini menyaksikan  tamatnya sebuah episode
Kisah seorang warden
Dalam jiwanya penuh suka penuh duka
Penghiburnya…adalah kalian semua
Hari ini menyaksikan seorang warden
Berundur dari tugasnya…
Bukan kerana benci
Tapi sudah tersirat pada ketentuan Ilahi.
Entah yang keberapa ratus harinya
Warden ini disini…tidak siapa menyedari
Sayangnya tiada terperi
Kasihnya tidak berbelah bahagi
Buat anak-anak aspura dan aspuri
Berbohonglah warden ini
Jika dikatakan rindu tiada lagi setelah pergi
Hakikatnya …
kalian sentiasa  dihati
Nafasku nafas rindu
Rindu pada jeritan panggilan ummi , anak-anak aspura  dan aspuri
Rindu pada laungan salam diluar jendela
Rindu pada sapaan mesra kalian semua.
Rindu pada laungan azan di surau asrama
Rindu pada bacaan surah Al-Mulk tika malam menjelma.
Tika tiba saat berpisah
Warden ini  sepi dalam sendu
Tiada lagi Kelihatan kemesraan
Norehan yang sentiasa membantu
Tiada lagi kedengaran suara 
sumbang Humaira berlagu
Tiada lagi kedengaran pekikan
 NurFatin berkata “Tak Nak” 
Bila di berikan durian yang enak.
Tiada lagi sapaan
Halimah yang sentiasa ramah…
Tiada lagi  kedengaran
usikan pada Hor yang main-main
tak terungkap  warden  ini  pada kisah lalu.
Tidak  terucap nama anak-anaknya satu persatu
Kerana  ratusan nama itu  tersimpul erat dikalbu
Anak-anakku
Tika menuntut ilmu Jangan mudah jemu
Hati jangan membatu
Yakinlah pada yang Satu
Kerana Dia Maha Penentu
ANAK ANAKKU  BERJANJILAH
JANGAN  HALANG BUNGA-BUNGA
RINDU SEORANG WARDEN INI
YANG PERNAH MERAH WAJAHNYA
MEMARAHI  KALIAN SEMUA
YANG PERNAH LANTANG SUARANYA
MENEGUR SALAH TINGKAH
DANTUTUR BICARA
WARDEN INI PASTI
MANA MUNGKIN LENYAP NAFAS RINDU INI.
BUAT KALIAN SEMUA
KERANA
WARDEN INI
PERNAH MENGALIRKAN
PERMATA JERNIH
DARI DUA ANAK MATANYA
MELIHAT RATUSAN KERENAH
ANAK-ANAK  ASPURI  
DAN ASPURA         
WARDEN YANG BERDIRI INI
SENTIASA REDHA PADA ILMU YANG DIBERI
SENTIASA IKHLAS PADA TUGAS YANG DIGALAS
BALASLAH PEMERGIAN SEORANG WARDEN INI
DENGAN SEBUAH KEJAYAAN PASTI.
Rakan-rakanku yang  berbudi
Warden ini berundur diri
Usah risau, usah sangsi
Pastinya ada pengganti
Lebih  dedikasi, lebih motivasi.
Tentunya Pengganti ini lebih
 hebat dari yang pergi
Kak hilma jangan susah hati
Rakan-rakanku yang mesra..
Kita telah lama bersama
Mencipta pelbagai cerita.
Cerita kita serupa
Tapi lain warnanya
harapan dan Impian
kita tIDak pernah  berbeza.
Pada pentadbir
 yang memahami jiwa
Warden ini tidak terluka
Warden ini keluar dengan rela
Warden ini ingin mencipta
episode suka duka
Diluar sana...
WARDEN INI BELUM PASTI
.Entah apa judulnya...
Warden ini hanya pelakon dipentas dunia
Pengarahnya tuhan yang esa
Terima kasih buat semua
Terima kasih segalanya
Mari kita genggam erat  jari-jemari
Agar persahabatan, persaudaraan
 tidak tiris dicelahan
 kelingking kehidupan.....
SEKIAN
MANTAN WARDEN
JULAI 2004-31 DIS 2008

0 Ulasan: